Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini saya ingin mejelaskan sedikit sebanyak tentang Rumah Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah ini. Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah ini telah beroperasi selama 11 tahun sejak dari tahun 2000 sehinggalah sekarang. Kanak-kanak yang menetap disini juga semakin bertambah. Kebanyakkan kanak-kanak yang tinggal disana adalah kanak-kanak yang tiada tempat tinggal , yang lahir tidak didaftarkan nama mereka (tiada surat beranak), dan di kalangan keluarga yang bermasalah yang sering memukul anak-anak mereka.Kebanyakkan kanak-kanak yang menetap disini adalah bukanlah dari ibu bapa yang warganegara Malaysia, ada yang dari Filipina, Siam dan sebagainya.
Terdapat beberapa pihak yang prihatin terhadap pusat jagaan ini, contohnya Hotel Holiday Inn, Bayview dan banyak lagi yang sudi menyumbangkan segala kekurangan yang rumah ini hadapi. Puan Rohani , atau lebih mesra lagi dikenali sebagai Ustazah Rohani dimana beliau adalah pengasas rumah tersebut bersama-sama suaminya baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu kedai Khaisara Nasi Dalca di Sg.Pinang, Balik Pulau untuk menampung segala kos pembelian susu dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut silalah hubungi talian : 04-8661244
atau sebarang sumbangan yang ingin didermakan berbentuk wang bolelah masukkan kedalam akaun ini
CIMB ACC/NO : 07390000788054
(PUSAT JAGAAN NASYIATUL AISYIYAH) atau
MAYBANK ACC/NO : 157081009973
( PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN NASYIATUL AISYIYAH)
No comments:
Post a Comment